Rakan yang setia

Palestine

Saturday, April 16, 2011

pertandingan memancing

Tanggal 15 april 2011 jam3 petang kampungku dan kampung sebelah telah mengadakan pertandingan memancing ikan darat tapi aku tidak menyertainya. Tapi paa petang itu aku terasa bosan teramat sangat dan aku pergi la tengok-tengok keadaan sana, mana la tahu ada benda yang menarik.


Aku sampai sahaja pertandingan baru sahaja bermula tapi apa yang kelakarnya peserta telah lama melemparkan umpan ke dalam parit tapi penganjur belum lagi melepaskan ikan keli lagi. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka semua apabila melihat peserta nampak penganjur hendak melepaskan ikan tersebut.

Dalam kemeriahan ertandingan itu tiba-tiba aku melihat la gelagat beberapa anak dara yang hadir, semua pakai tudung tapi ada yang nampak rambut dan ada yang pakai baju lengan pendek. Aku hanya tersenyum melihatnya kerana aku tidak berani nak tegur sebab ramai orang dan ibu dan ayahnya ada di sana. Lepas tu aku lihat pula gelagat peserta lelaki yang mahu usha-usha gadis-gadis sunti yang ada, aku juga tersenyum  melihat gelagat tersebut.


Baru sahaja ikan di lepaskan ada la seorang hamba Allah mendapat ikan keli tersebut,agak bersar jugak la ikan tu, timbang ada la dalam 700gram, tidak lama kemudian semakin ramai yang dapat menaikkan ikan keli tapi ada juga yang berjaya menaikkan ikan haruan yang telah lama menetap di situ. sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 4, aku pun beransur pulang ke rumah.

beginilah suasana kampung jika ada pihak yang memulakan sesuatu perkara yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita tidak kira di mana kita tinggal, dan aku berharap semua ini dapat di kekalkan pada masa akan datang, insya-Allah....

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

No comments:

Post a Comment