Rakan yang setia

Palestine

Sunday, April 17, 2011

Kata Hati

Sering kali aku keliru dengan apa yang telah terjadi tetapi langsung tidak ambil berat semua itu, bagi aku biar la aku pendamkan semua itu daripada semua orang. Sering kali aku tersalah percaturan dalam menilai percaturan dalam perbahasan yang menyebabkan aku sering ketinggalan. Aku terlalu mengikut jejak langkah orang lain yang merugikan diriku sendiri.

Seorang yang sangat aku hormat sanggup megeluarkan kata-kata yang amat menyakitkan hati ini, caranya itu telah membuatkan aku tidak mahu lagi menghubungginya. Aku tidak faham kenapa ianya terjadi. Sejak akhir-akhir ini semua ingin salahkan aku dalam semua perkara, aku sendiri tidak faham kenapa semua buat aku macam ini.

Aku kehilangan seorang lagi insan yang aku sayang, dalam satu masa aku terpaksa menanggung segala macam dugaan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku saat itu, tiada perkataan yang mampuku ucap lagi, tiada arah tuju untuk aku jejaki lagi, kini aku ditinggalkan keseorangan.
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

No comments:

Post a Comment