Rakan yang setia

Palestine

Wednesday, April 6, 2011

perjalanan hidupku

Dahulu semasa zaman sekolah rendah aku sering kali bergaduh sesama rakan kononnya mahu tunjuk siapa yang hebat la, tp selepas aku memasuki alam sekolah menengah semua itu sudah berubah..aku mula mendekati buku dengan kata lain aku menjadi salah seorang pelajar yang di senangi oleh cikgu la.

Semasa tingkatan 1 aku sering kali di soal oleh cikgu bagi menguji tahap kefahaman aku, keputusan akhir tahun boleh la, dapat la jugak top10. Masuk tingkatan 2 aku mula berjinak-jinak dengan pelajar yang lebih pandai daripada aku untuk menuntut ilmu, perubahan demi perubahan yang aku lakukan untuk masa depanku sendiri..masuk sahaja aku tingkatan 3 terus kawan-kawanku melantik aku sebagai ketua kelas, semasa tingkatan tiga aku sering di rujuk oleh rakan-rakan tentang pelajaran terutama sabjet matematik yang paling aku minati sejak sekolah rendah lagi..semasa tingkatan 3 aku telah berazam untuk menjadi insan yang berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara..aku berlajar bersungguh-sungguh..keputasan pmr pun keluar dan aku layak untuk masuk ke kelas sain pertanian yang di tawarkan di sekolahku.

Semasa tingkatan 4 aku sering kali di ejek oleh rakan sekelas kerana semasa tingkatan 3 aku hanya belajar di antara kelas terbawah jugak la..tetapi aku tidak putus asa sehingga peperiksaan pertangahan tahun aku sekali lagi berjaya mendapat keputusan yang baik..aku berjaya mendapat nombor 9 keseluruhan daripada 26 pelajar..aku berjaya membuktikan bahawa aku juga mampu untuk berjaya seperti orang lain...semasa tingkatan 4 la aku banyak menyertai pelbagai aktiviti kokurikulom sekolah seperti kawad kaki, silat, olahraga.. dan semasa tingkatan 4 juga ak di lantik sebagai pengawas perpustakaan dan naib pengerusi kelab sains sekolah.

Naik tingkatan 5 aku berazam untuk mendapat keputsan yang cemerlang dalam spm yang akan datang. Semasa tingkatan 5 aku telah banyak berubah dan menjadi seorang yang berguna, aku juga telah di lantik sebagai pengerusi kelab sains dan dengan tanggungjawab yang di beri aku dapat pikul dengan penuh amanah dan dedikasi tetapi manusia ni bersikap dengki dan akulah yang menjadi mangsanya tetapi aku laluinya dengan penuh kesabaran.

Peperiksaan SPM sudah hampir tiba, aku bersama rakan-rakan semakin rancak menyiapkan diri di medan perang dengan SPM yang menetukan masa depan aku sendiri. Pada saat itu jugalah aku telah berpisah dengan kekasih aku yang aku sayangi, hati mula berubah, aku mula malas untuk membaca pada awlnya tetapi sahabat aku yang paling rapat yang menasihati aku untuk melupakan semua itu dan tumpukan perhatian kepada pelajaran kerana SPM hanya tingga seminggu sahaja lagi, dengan semangat yang jitu aku kembali bangkit untuk menuju kejayaan.

Tiba saat keputusan SPM di umumkan, hatiku semakin gemuruh keran bimbang keputusan tidak berpihak kepadaku. Tiba hari keptusan di umum kan aku datang lebih awal bersama rakanku untuk mendapatkan keputusan tetapi aku tidak boleh ambil terus keputasanku kerana aku perlu membayar denda kerana lewat hantar buku perpustakaan sedangkan aku lengsung tidak pinjam buku yang telah di maksudkan dan aku telah syak ada orang telah mengunakan nama dan fail aku untuk meminjamkan buku tersebut. Aku akur dengan semua itu dan selepas aku aku membayarnya aku terus mengabil keputusan SPM, alangkah terkejutnya aku kerana keputsan amat memberasangkan hati aku walaupun tidak cemerlang seperti orang lain tetapi aku tetap bersyukur.

Dengan keputusan itu aku menyambung pelajaran aku di kolej swasta di peringkat diploma walaupun aku mendapat tawaran di itpa tetapi aku menolaknya kerana aku sudah separuh jalan di kolej swasta itu. Aku melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan dengan impian aku mahu cemerlang dengan diploma yang aku pilih ini. Sekaran tahun 2011 aku telah memasuki semester 2 dengan keputsan semester 1 aku yang boleh di bangakan tetapi aku tidak mudah mengalah dengan semua itu dan aku terus berusaha untuk mendapat pointer yang cemerlang pada semester 2 nanti.

Lupe aku nak cakap aku telah belajar di sebuah kolej Islam di Pahang yang memang dikatakan glamor jugaklah kerana ramai pelajar daripada sabah yang datang ke sini.



tunggukan sambungannya nanti.......

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

1 comment:

  1. nice story!
    cy ykin awq mesti
    success 1 ary 6t...
    tp...berpisah ngan kekasih pai xleyh fokus???
    hurm hebat gurlz 2 kn??

    ReplyDelete