Rakan yang setia

Palestine

Saturday, March 16, 2013

Kuasa Allah Mengatasi Kuasa Teknologi

Pada 14 April 1912, jam 11.40 malam waktu tempatan, di tengan kepekatan malam tanpa kelihatan bulan di langit, kapal Titanic milik syarikat perkapalan White Star Line dari United Kingdom telah terlanggar satu bongkah ais besar (iceberg) di utara Lautan Atlantik kira-kira 600km ke arah selatan Pulau Newfoundland, Kanada. Perlanggaran tersebut telah menyebabkan lima daripada 16 ruang kalis air di perut kapal itu dimasuki air laut.
   ketika itu, telah jelas bagi kapten dan anak-anak kapal bahawa Titanic akan tenggelam kerana kapal tersebut hanya dapat bertahan setakat kebocoran di empat ruangan. Kira-kira dua jam kemudian, Titanic karam sepenuhnya pada 15 April 1912. Daripada 2223 orang yang berada di atas kapal tersebut, 1514 orang telah meninggal dunia termasuk mereka yang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.
   Dengan suhu air laut berada pada paras -2 darjah Celcius, hampir kesemua yang berada dalam air telah maut dalam amsa beberapa minit sahaja akibat kesejukan, serangan jantung ataupun lemas. Kejadian dahsyat itu menimpa Titanic dalam pelayaran sulungnya. Ia telah berlepas meninggalkan pelabuhan Southampton di England pada hari Rabu 10 April 1912 untuk berlayar merentasi Lautan Atlantik menuju ke New York di Amerika Syarikat.
   Kapal Titanic bukan sebarangan kapal pada zamannya. Ia merupakan kapalyang terbesar berada di atas permukaan laut dunia ketika pelayarannya. Seramai 15,000 orang pekerja terlibat dalam proses pembinaannya yang bermula pada 31 mac 1909. Sebelum pelayaran sulungnya, Titanic telahpun "mengorbankan" sejumlah sembilan orang sepanjang tempoh pembinaanya. Selain itu seramai 246 orang dilaporkan mengalami kecederaan dan 28 orang daripadanya dikategorikan sebagai parah seperti kehilangan tangan atau kaki.
   Dek kehebatan reka bentuk dan pembuatannya, Titanic telah digelarkan sebagai kapal yang tidak mungkin boleh tenggelam (unsinkable). Malah, syarikat White Star Line menyatakan Titanic ialah kapal yang direka supaya tidak boleh karam (designed to be unsikable). Tidak ada sesiapa menyangka kapal yang begitu gah dan hebat telah karam dalam pelayaran sulungnya.

KEMAMPUAN TEKNOLOGI MANUSIA

   Kecangihan teknologi ciptaan manusia memungkinkan bermacam-macam perkara dapat dilakukan. Rentetan daripada itu, manusia telah membina keyakinan tentang kemampuan teknologi yang terhasil daripada ketinggian ilmu dan keupayaan usaha yang manusia anggap sebagai milik mutlak mereka. Atau dengan kata lain, manusia percaya kepada kuasa teknologi untuk mencapai apa-apa yang mereka hajati.

  Seorang sarjana timur; Tomonobu Imamichi menyatakan teknologi boleh memberi kesan kepada manusia dari aspek kerohanian. Menurutnya, kemajuan teknologi boleh menyebabkan timbulnya sikap yang negatif terhadap agama dari sudut kepercayaan konsep ketuhanan apabila manusia mempunyai keyakinan yang lebih tinggi kepada teknoligi. Ia dilihat apabila teknologi memungkinkan kejadian-kejadian yang ajaib (miraculous events) berlaku.

   Dari sudut lain, ia mungkin berlaku jika manusia sudah hilang kawalan diri apabila berhadapan dengan teknologi lantas membiarkannya mempengaruhi kehidupan manusia sama ada secara fizikal, intelektual mahupun spiritual. Menurut Imamichi, keadaan ini akan menghasilkan sebagai "pemesinan" kemanusiaan dan ketuhanan (mechanisation of humanity and divinity).

MEMPERCAYAN TEKNOLOGI

   Paul Virilio menamakan kepercayaan kepada kuasa mutlak teknologi sebagai technological fundamentalism. Mungkin sudah menjadi kebiasaan di barat menghubungkan kepercayaan yang di anggap melampau dengan istilah fundamentalism. Paul Virilio merupakan seorang ahli teori budaya yang banyak menulis tentang teknologi dan hubungannya dengan manusia. Kini, beliau menjawat sebagai profesor falsafah di The European Graduate School, Switzerland. Beliau ada membicarakan tentang wujudnya satu anggapan tentang ciri-ciri ketuhanan (characteristics of the divine) yang ada pada teknologi, iaitu keberadaan di mana-mana, kecegeraan dan kecepatan (ubiquity,instantaneity and immediacy). Sebagai contoh apabila merujuk kepada alam siber, ia juga boleh dikaitkan dengan ICT (Information dan Communication Technology) secara umumnya. Menariknya, beliau mencadangkan supaya budaya beragama dan nilai-nilai moral digunakan untuk memahami teknologi bagi menangani anggapan tersebut.

   Jadi, kita boleh bertanya; adakah kita atau orang lain sekeliling dilihat terlalu percaya kepada teknologi? Teknologi sebagai satu bentuk usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat hidup dan bukannya satu kuasa yang mampu melaksanakan sesuatu perkara secara mutlak atau seperti dalam bahasa lama "memberi bekas". Kuasa multak hanya milik Allah s.w.t. seperti yang disebut dalam ayat-ayat al-Quran.

  Aktiviti dan tindakan manusia sama ada dalam bentuk teknologi, pendidikan, politik, perniagaan dan sebagainya hanya perkara yang diusahakan dengan harapan untuk mencapai perkara yang diinginkan dalam kehidupan. Hanya Allah yang berkuasa dalam menentukan natijah dan kesudahan akhir daripada perkara yang diusahakan tersebut.

KUASA MUTLAK MILIK ALLAH

   Bertapa canggih dan hebatnya teknologi sama ada dalam bentuk kaedah ataupun alat ciptaan, manusia harus sentiasa sedar bahawa kuasa mutlak yang terhebat hanya milik Allah, Tuhan sekalian alam.

  Sejarah Titanic melakar bukti Allah s.w.t. Maha Agung, Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Kapal tersebut direka supaya dapat bertahan daripada karam walaupun berlaku empat daripada 16 ruangnya ditenggelami air,dengan dibantu 11 penghadang kalis air. Sedangkan, perlanggaran dengan iceberg pada April 1912 tersebut telah menyebabkan lima ruang dimasuki air, iaitu hanya melebihi satu ruang daripada tahap selamat, yang akhirnya menyebabkan ia karam.

   Kapal tersebut juga lewat siap dari tempoh yang dijangkakan kerana perekanya, J. Bruce Ismay, telah mengarahkan beberapa perubahan dibuat pada reka bentuk Titanic. Di samping itu, pembinaannya terpaksa ditangguhkan dalam beberapa waktu bagi membolehkan pembaikan dilakukan terlebih dahulu terhadap kapal Olympic, yang telah terlibat dalam satu pelanggaran. Olympic merupakan kapal paling baru milik syarikat White Start Line waktu itu yang siap beberapa bukan sebelum Titanic.

   Ada pendapat menyatakan bahawa jika Titanic siap mengikut jadual dan berlepas pada tarikh lebih awal, ia mungkin tidak akan bertembung dengan bongkah iceberg tersebut.

  Rasulullah s.a.w. melarang kita membuat andaian "kalau begitu, maka mungkin begini", kerana semua perkara yang berlaku aturan daripada Allah s.w.t.

  Jika Allah menghendaki sesuatu perkara berlaku, maka dengan mudah sahaja ia akan berlaku. Jelasnya, kuasa Allah mengatasi segala perkara. Betapa hina dan rendahnya kedudukan manusia dengan segala kehebatan teknologi yang ada jika dibandingkan dengan kuasa Allah s.w.t.

cc: Aznan Zuhid Saidin (solusi)
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Sunday, November 4, 2012

Ucapan Islam Jerman

Assalamualaikum..terlintas nak download beberapa video berkaitan kata-kata saudara baru Islam berkaitan Islam dan ini yang saya temui..harap apa yang bakal saya share ini dapat memberi kita kesedaran....

                                                      
Keluar dari kegelapan dan masuk ke cahaya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dang engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat" (Surah al-Nasr).

Ucapan dari bebrapa mualaf Jerman:

"seseorang yang juga bangsa Jerman bertanya kepadaku, bagamanakah kamu menjadi muslim? Aku jawab, aku tidak convert ke Islam, aku hanya revert dan kembali kepada agama ini".

"Aku membaca bible tapi selepas aku membaca Al-Quran buat kali pertama, aku menjadi yakin (akan kebenaran)". 

"Aku baca dari buku agama Hindu dan dari buku agama Buddha dan aku juga cari dalam buku agama Yahudi kerana aku ingin betul-betul yakin sama ada ini (Islam) adalah jalan yang benar. Dana aku sedar bahawa setiap seseorang yang mencari kebenaran dengan cara selidik ini akhirnya sentiasa manamui Islam. Dan jika Al-Quran di baca dan diteliti dengan betul, tidak ada kitab yang menerangkan Allah yang Maha Besar denfgan begitu terperinci dan dengan logic kenapa wujudnya baik dan jahat itu, Untuk soalan soalan ini tidak ada jawapan dalam agama Christian kerana aku pernah berborak dengan seseorang paderi dan dia dengan ikhlasnya memberitahu kepada ku bahawa bible itu telah di palsukan".

"Bapa, anak dan tuhan macam ini dan macam itulah dan juga Holy Ghost, benda benda ini tidak pernah aku faham".

"Hanya Islam sahaja satu satunya agama yang boleh dikenali sebagai agama Monoteisme dan memang benar hanya Islam sahaja agama Monoteisme".

"Aku yakin bahawa hanya agama Islam itu agama yang benar".

"Islam itu sendiri adalah gaya hidup (culture) yang patut di ikuti".

"Persaudaraan dalam Islam bermakna orang itu membina satu bangsa di mana perbezaan bangsa dan kewarganegaraan tidak mempunyai makna apa-apa".

"Bagi ku Islam adalah agama yang paling indah pernah aku kenali dan menjadi muslim adalah keputusan yang terbaik yang pernah aku buat dalam hidupku. Dan aku sangat bersyukur menjadi Muslim".

"Hanya Islamlah yang kekal sebagaimana ia diturunkan, iaitu Al-Quran".

"Kepercayaan (Iman) itu wujud dan kepercayaan (Iman) itu kuat, Dan aku tidak akan gugur dari kepercayaan ini".

"Bagiku dulu, Islam itu adalah kepercayaan untuk orang Arab seperti mana fahaman orang sini, orang Islam itu berambut hitam (makna orang asing). Tapi sekarang akulah bukti sebaliknya dan jangan lupa Nabi Isa a.s. juga bukan orang Jerman".

"Alhamdulillah, melalui Isa a.s. aku sampai ke Nabi Muhammad s.a.w. dan aku sedar bahawa Islam itulah kebenaran".

"Dialah yang memiliki sifat yang termulia antara makhluk-makhluk Allah SWT dan dialah Nabi Muhammad SAW".

"Selepas aku menjadi Muslim, aku belajar lebih mendalam berkenaan watak dan sifat Nabi Muhammad s.a.w. seperti bagamiana dia sebagai peniada, bagaimana dia di rumah (dalam ruang private), sebagai pemimpin ummat dan alhamdulillah dialah rolemodel (suri teladan) untuk semua manusia".

"Nabi s.a.w. adalah seorang yang ikhlas dan itu yang aku sukai, Aku juga ingin menjadi seorang yang ikhlas".

"Sifat kesederhanaan dan rendah diri Nabi s.a.q. menjadikannya rolemodel (suri teladan) untuk semua manusia".

"Nabi s.a.w. lengkap dalam setiap kelakuannya. Oleh itu Sunnah Nabi adalah yang terbaik untuk di ikuti".

"Nabi s.a.w. adalah semulia mulia ciptaan Allah s.w.t.".

"Saya cabar kamu melakukan sesuatu yang lebih elok dari apa yang Nabi Muhammad s.a.w. pernah lakukan, Kamu tidak akan menjumpai walau sesuatu dalam Islam yang membawa mudarat kepada manusia. Jika aku ditanya, wujudkah sesuatu yang lebih baik dari Islam akan aku jawab tidak, kerana Islam sahajalah kebenarannya. Ini aku katakan hari ini dan insya-Allah akan ku katakan ini sehingga hari aku mati. Aku ingin mati dalam kepercayaan ini kerana aku yakin 100% ini adalah kebenarannya".

"Jika kita kekal atas asas agama ini dan semua orang Islam kembali kepada asas ini dan juga kita sebagai ummat bersatu, orang-orang lain (kafir) akan faham Islam dan akan katakan itulah agama Islam insya-Allah".

"Islam itu adalah agama yang begitu indah, yang sangat bernilai. Oleh itu mengapa aku harus sorok Islamku ketika berada diluar. Kalau ikut pendapatku, aku patut tayangkan Islamku dan aku juga tidak mempunyai apa-apa yang patut disorokan. Kitalah business card untuk Islam".

"Muslim itu adalah seorang manusia yang hidup untuk Islam dan berserah 100% kepada Allah yang maha Besar. Islam itu adalah penyerahan 100% kepada Pencipta Alam. Ini adalak berkaitan ketaan kita dalam amalan dan sifat kita. Bagiku, menjadi seseorang muslim adalah sesuatu yang terindah".


itu antara kata-kata yang saya petik daripada beberapa umat Islam di Jerman dari beribu yang telah masuk Islam..
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Para Rasul Dan Nabi Tidak Pernah meninggalkan Amalan Ini !!

                                          



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. 

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia".

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Sunday, October 21, 2012

KESILAPAN UMAT ISLAM PADA HARI JUMAAT


oleh Amru Alhaz Bin Adnan
sekadar perhiasan
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat. Pada hari Jumaat juga Umat Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa tersebut melaksanakan ibadah. Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad, Allah S.W.T memberi kebebasan dan  ruang yang cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki  dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga dan berjual beli. . Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan waktu khusus   yang dilarang oleh Allah S.W.T menjalankan sebarang bentuk perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9:

Yang Bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).
Ayat tadi jelas menunjukkan larangan Allah S.W.T terhadap Umat Islam yang melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat telah dikumandangkan. Larangan ini ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefarduan Solat  Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat seperti sihat, baligh, berakal dan tidak bermusafir. Larangan ini membawa maksud haram urusan jual beli  dijalankan ketika azan Jumaat telah dilaungkan. Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut:

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua.
( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

Jika disoroti sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat juga dilakukan pada zaman baginda Rasulullah saw tetapi bezanya  aktiviti jual beli itu itu ditangguhkan setelah berkumandangnya azan, atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar. Hal ini tidak berlaku sama sekali di masjid-masjid di negara kita. Lihatlah bagaimana keghairahan si peniaga melariskan jualannya, si pembeli sibuk membeli belah sedangkan pada waktu tersebut khatib sedang berkhutbah. Perlu diingat walaupun hukum jual beli tetap sah tetapi ia dilakukan dalam waktu yang diharamkan. Perkara inilah yang menjadi punca ayat al-Quran di atas tadi diturunkan.

Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabir r.a katanya: Sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan. Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12 orang sahaja. Lau Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud “ Malangnya apabila mereka Nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas menggapainya. Mereka meninggalkan engkau ( wahai Muhammad) bersendirian tegak berkhutbah.

Istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat lain ialah kerana  terdapatnya khutbah. Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat.  Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur.

Realiti yang berlaku, ramai di kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke dalam masjid mendengar apa yang ingin disampaikan oleh khatib, sebaliknya mereka rasa lebih selesa berada di luar masjid. Lebih menyedihkan lagi ada yang sempat berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T  memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid  pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid  terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”

Kesimpulannya, seluruh Umat Islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani  kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat seseorang.  Justeru beberapa pendekatan dicadangkan :

Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditagguhkan sementara waktu ketika mana  azan kedua berkumandang.

Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.

Ketiga:  Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping  mengambil peluang  masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .  

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Friday, September 28, 2012

" Hak ibu bapa hingga ke liang lahad "




DAN Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripadanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Uhh', dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (Al-Israa': 23-24) Ayat ini popular dipetik setiap kali orang membicarakan kedudukan hak ibu bapa. Ini kerana ibu bapa diletakkan hak mereka selepas hak Allah, sekali gus menunjukkan betapa besar dan tingginya ganjaran mereka yang berbuat baik kepada kedua-dua insan istimewa itu. Hakikatnya berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah tertumpu semasa hayat mereka sebagaimana yang selalu dipraktikkan atau menjadi keutamaan kepada anak-anak zaman sekarang. Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Mushaddad Hasbullah menjelaskan, Islam adalah agama yang syumul. Tidak ada mana-mana agama yang memberikan penjelasan teliti tentang hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Islam. "Peranan dan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa bukan semasa hayat mereka sahaja bahkan Islam telah menggariskan tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh anak-anak selepas kematian ibu bapa," katanya.Anak-anak juga perlu berbuat baik kepada ibu bapa selepas kematian mereka sebagaimana kisah dalam satu hadis Ibn Hibban yang bermaksud: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah dan bertanyakan: Wahai Rasulullah! Adakah masih terdapat kebaikan yang aku boleh lakukan kepada ibu bapaku selepas mereka meninggal dunia? Rasulullah menjawab: Ya, berdoalah untuk mereka, mintalah keampunan Allah untuk mereka, tunaikanlah janji-janji mereka, hubungkanlah silaturahim yang tidak dapat dihubungi oleh mereka berdua semasa hidup, dan muliakanlah teman-teman mereka berdua. Pun begitu, sekiranya seorang anak itu tidak sempat bertaubat atau mohon keampunan daripada ibu bapa semasa mereka masih hidup, kata Mushaddad, mereka masih berpeluang mendapat keampunan daripada Allah di atas penderhakaan dan keterlanjuran itu. Apa yang penting, anak tersebut mestilah benar-benar insaf terhadap dosa yang dilakukan dan sentiasa berdoa supaya Allah mengampunkan dosanya dan dosa kedua-dua ibu bapa.BerjihadMenurut Mushaddad lagi, hak ibu bapa ke atas anak-anak amat besar sehinggakan Allah mendahului berbuat baik kepada ibu bapa daripada berjihad pada jalan Allah. Ini dijelaskan hadis yang bermaksud: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah meminta izin untuk berjihad pada jalan Allah, lalu Baginda bertanyakan lelaki tersebut: Adakah kedua-dua ibu bapa kamu masih hidup? Lelaki itu menjawab: "Ya." Maka Rasulullah bersabda: Berbuat baiklah kepada mereka berdua dan kemudian berjihad. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis yang lain, Ibn Mas'ud menyebut bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai apakah amalan yang paling disukai Allah? Jawab baginda: Sembahyang pada awal waktu. Kemudian aku bertanya lagi: Selepas itu apa? Rasulullah menjawab: Berbuat baik kepada ibu bapa. Aku bertanya lagi: Selepas itu apa? Jawab Baginda: Berjihad pada jalan Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah juga pernah ditanya mengenai hak ibu bapa ke atas anak-anak, Rasulullah menjawab: Kedua-dua ibu bapa adalah syurga dan neraka kamu. Syurga apabila kita berbuat baik dan taat kepada mereka dan neraka apabila kita menderhaka kepada mereka. (Riwayat Ibn Majah) Jelaslah di sini bahawa ibu bapa mempunyai hak yang amat besar yang mesti dipenuhi oleh anak-anak. Antaranya mentaati dan melayani dengan memberi kasih sayang sepenuhnya sebagaimana ibu bapa menyayanginya ketika kecil. Kedua, sentiasa mendoakan ibu bapa yang masih hidup supaya Allah memberi rahmat kepada mereka dan mengampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mereka; dan ketiga, memberi nafkah kepada mereka terutamanya ibu bapa yang miskin. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah bersabda: "Kamu dan harta kamu adalah hak bapa kamu, sesungguhnya anak-anak kamu adalah daripada sebaik-baik pekerjaan kamu, maka makanlah daripada hasil kerja anak-anak kamu." Ibn al-Qayyim pernah menyebut dalam bukunya Zaad al-Ma'aad: "Bukanlah daripada kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa jika seseorang itu membiarkan bapa ibunya bersusah payah bekerja sedangkan dia hidup senang-lenang." Lantaran itu, pinta Mushaddad, anak-anak wajib menyayangi ibu bapa kerana fungsi dan pengorbanan yang mereka curahkan tidak terbalas. Pengorbanan mereka membesarkan, mendidik, memberi ilmu, kasih sayang serta mengorbankan segala-galanya adalah untuk melihat anak-anak mereka menjadi anak soleh. Abu al-Laith pernah menyebut bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata kepada Baginda: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku terlalu tua dan tinggal bersamaku. Lalu daku suapkan makan dan minumnya dengan tanganku sendiri serta aku ambilkan wuduk untuknya dan aku dukung dia di atas tengkukku. Adakah aku telah membalas jasanya?" Jawab Rasulullah: "Belum lagi walaupun satu daripada seratus tetapi engkau berbuat baik dan Allah akan membalas kepadamu dengan ganjaran yang besar di atas amalanmu yang sedikit itu." Tahlil arwahPertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa 'alif lam mim' satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi) Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad) Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: "Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya." Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah. Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu. Balasan berbuat baikKEREDAAN kedua-dua ibu bapa amat penting untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Antaranya; 1. Mendapat keredaan Allah. Sabda Rasulullah bermaksud: Reda Allah adalah pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah pada kemurkaan ibu bapa. (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) 2. Jaminan syurga. Diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Baginda meminta izin untuk berjihad pada jalan Allah, lalu Rasulullah bertanyakan lelaki tersebut: Adakah kedua-dua ibu bapa kamu masih hidup? Lelaki itu menjawab: "Ya." Maka Rasulullah bersabda: "Dampingi mereka dan berbuat baiklah kepada mereka berdua, sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kaki mereka." (Riwayat al-Tabrani)  3. Panjang umur dan murah rezeki. Rasulullah bersabda: Sesiapa yang inginkan umur panjang dan murah rezeki maka hendaklah dia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan menghubungkan silaturahim. (Riwayat Ahmad) 4. Jaminan mendapat layanan yang baik daripada anak-anak kelak. Sabda Baginda: Berbuat baiklah kamu kepada kedua-dua ibu bapa kamu nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu. (Riwayat al-Tabrani) wallahu 'alam bisawab
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI