Rakan yang setia

Palestine

Tuesday, December 27, 2011

Neraka paling panas, gelap untk penzina

Dalam surah al-Isra': ayat 32, Allah s.w.t. melarang semua orang daripada menghampiri zina kerana ia adalah perbuatan keji lagi buruk. Manakala menurut surah An-Nur ayat 2, balasan zina ialah seratus kali dera. Allah menjelaskan bahawa balasan tersebut hendaklah dilakukan tanpa belas kasihan semata-mata kerana menjalankan hukuman Allah.
Para ulama berpendapat bahawa balasan ini adalah bagi mereka yang bujang. Sekiranya mereka telah berkahwin, biarpun dilakukan hanya sekali ketika hidupnya, mereka hendaklah direjam dengan batu sehingga mati.
Menurut Dr Amran Kasimin dalam ceramahnya berkata, Surah al-Hijr ayat 44 menjelaskan, Neraka jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu ditetapkan bagi golongan tertentu.
Ata' Bin Aslam Bin Safwan, seorang Tabiin yang merupakan seorang ahli agama yang terkenal dari Yemen menyatakan pintu neraka yang paling gelap, panas penuh dengan seksaan, baunya menjijikkan lagi meloyakan ialah bagi mereka yang melakukan zina padahal mereka tahu tentang tegahan perbuatan zina.
Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w. bersabda bermaksud: Wahai orang yang beriman, takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat. Ada pun yang berlaku di dunia ialah kehilangan keceriaan wajah, pendek umur dan sentiasa dalam keadaan susah, manakala tiga balasan di akhirat ialah kemurkaan Allah, balasan yang buruk, juga azab di neraka.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan, apabila seseorang itu berzina, maak akan keluarlah iman daripada dirinya seumpama awan yang melindungi atas kepalanya, kemudian apabila ia hilang, iman itu akan kembali semula.
Dalam sebuah hadis lain, riwayat Al-Hakim, Baginda s.a.w. bersabda bermaksud: Barang siapa berzina ataupun minum arak, Allah cabutkan daripadanya iman, seumpama manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya.
Menurut Dr Aman, sekiranya seseorang itu terlepas daripada balasan dunia, kerana undang-undang itu tidak dapat dilaksanakan kerana sebab lain, tetapi balasan di akhirat tetap sedia menanti kecuali mereka bertaubat.
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

No comments:

Post a Comment