Rakan yang setia

Palestine

Wednesday, April 20, 2011

kehilangan

Orang selalu cakap bahawa setiap pertemuan mesti akan melalui detik-detik perpisahan tetapi hanya cara pertemuan dan perpisahan yang berbeza antara kita semua, itu la yang berlaku kepada diriku ini "bagaikan jatuh ditimpa tangga". Setiap tahun aku akan merasakan  kehilangan dalam hidupku tetapi itu adalah lumrah kehidupan yang harus ku tempuhi dengan penuh kesabaran.

Awal bulan mei 2010 aku telah kehilangan seorang wanita yang cukup baik denganku, dia pergi kerana aku yang memintanya tetapi Alhamdulillah dia tiada simpan dendam atau apa-apa terhadap diriku ini dan kini kami bersahaat seperti dulu. Akhir bulan mei 2010 aku terasa hidup ini bergitu kosong kerana aku telah kehilangan insan yang paling aku sayang, insan yang mendidik aku semasa aku kecil dahulu dan pemergiannya amat di rasai, saat ini aku betul-betul terasa kehilanagan yang amat bersar dalam hidu ini. Arwah telah telah pergi buat selamanya, aku hanya mampu berdoa agar roh arwah di rahmati.


Tidak sampai setahun iaitu bulan januari 2011 aku terima satu  lagi berita yang amat sedih iaitu aku di duga lagi dengan kehilangan seorang sepupu yang sejak dari kecil kami bermain bersama. Sebulan sebelum aku aku menduduki peperiksaan semester 2 alu terima berita ini yang boleh melemahkan semangat aku untuk berlajar tetapi aku harus kuat dalam menempuhi dugaan ini. Tetapi apa yang menybabkan aku begitu terkilan ialah aku tidak sempat untuk melihat arwah untuk kali yang terakhir, sampai sahaja aku di rumah arwah sudah selamat di kebumikan.

Sekarang pada bulan april aku sekali lagi di uji dengan kehilangan seorang yang aku sayang. Dengan berat hati aku terpaksa terima apa yang sudah tersirat untuk diriku itu. Dia pergi darku munking kerana kesilapan yang telah aku lakukan, kini aku redha dengan semua yang terjadi dan aku harapkan dia akan bertemu dengan insan yang lebih baik daripadaku ini kerana aku hanya ingin melihat dia bahagia walaupun bukan bersama aku. Aku gagal dalam mempertahankan hubungan ini. Hidup ini terasa kosong tananya tetapi aku perlu tabah dan terima atas keputusannya. Aku tidak akan melupakan saat bersamamu kerana itulah kenangan yang terindah dalam hidupku disini.


TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

No comments:

Post a Comment