Rakan yang setia

Palestine

Friday, September 28, 2012

" Hak ibu bapa hingga ke liang lahad "




DAN Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripadanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan mu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Uhh', dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (Al-Israa': 23-24) Ayat ini popular dipetik setiap kali orang membicarakan kedudukan hak ibu bapa. Ini kerana ibu bapa diletakkan hak mereka selepas hak Allah, sekali gus menunjukkan betapa besar dan tingginya ganjaran mereka yang berbuat baik kepada kedua-dua insan istimewa itu. Hakikatnya berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah tertumpu semasa hayat mereka sebagaimana yang selalu dipraktikkan atau menjadi keutamaan kepada anak-anak zaman sekarang. Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Mushaddad Hasbullah menjelaskan, Islam adalah agama yang syumul. Tidak ada mana-mana agama yang memberikan penjelasan teliti tentang hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Islam. "Peranan dan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa bukan semasa hayat mereka sahaja bahkan Islam telah menggariskan tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh anak-anak selepas kematian ibu bapa," katanya.Anak-anak juga perlu berbuat baik kepada ibu bapa selepas kematian mereka sebagaimana kisah dalam satu hadis Ibn Hibban yang bermaksud: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah dan bertanyakan: Wahai Rasulullah! Adakah masih terdapat kebaikan yang aku boleh lakukan kepada ibu bapaku selepas mereka meninggal dunia? Rasulullah menjawab: Ya, berdoalah untuk mereka, mintalah keampunan Allah untuk mereka, tunaikanlah janji-janji mereka, hubungkanlah silaturahim yang tidak dapat dihubungi oleh mereka berdua semasa hidup, dan muliakanlah teman-teman mereka berdua. Pun begitu, sekiranya seorang anak itu tidak sempat bertaubat atau mohon keampunan daripada ibu bapa semasa mereka masih hidup, kata Mushaddad, mereka masih berpeluang mendapat keampunan daripada Allah di atas penderhakaan dan keterlanjuran itu. Apa yang penting, anak tersebut mestilah benar-benar insaf terhadap dosa yang dilakukan dan sentiasa berdoa supaya Allah mengampunkan dosanya dan dosa kedua-dua ibu bapa.BerjihadMenurut Mushaddad lagi, hak ibu bapa ke atas anak-anak amat besar sehinggakan Allah mendahului berbuat baik kepada ibu bapa daripada berjihad pada jalan Allah. Ini dijelaskan hadis yang bermaksud: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah meminta izin untuk berjihad pada jalan Allah, lalu Baginda bertanyakan lelaki tersebut: Adakah kedua-dua ibu bapa kamu masih hidup? Lelaki itu menjawab: "Ya." Maka Rasulullah bersabda: Berbuat baiklah kepada mereka berdua dan kemudian berjihad. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis yang lain, Ibn Mas'ud menyebut bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai apakah amalan yang paling disukai Allah? Jawab baginda: Sembahyang pada awal waktu. Kemudian aku bertanya lagi: Selepas itu apa? Rasulullah menjawab: Berbuat baik kepada ibu bapa. Aku bertanya lagi: Selepas itu apa? Jawab Baginda: Berjihad pada jalan Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Rasulullah juga pernah ditanya mengenai hak ibu bapa ke atas anak-anak, Rasulullah menjawab: Kedua-dua ibu bapa adalah syurga dan neraka kamu. Syurga apabila kita berbuat baik dan taat kepada mereka dan neraka apabila kita menderhaka kepada mereka. (Riwayat Ibn Majah) Jelaslah di sini bahawa ibu bapa mempunyai hak yang amat besar yang mesti dipenuhi oleh anak-anak. Antaranya mentaati dan melayani dengan memberi kasih sayang sepenuhnya sebagaimana ibu bapa menyayanginya ketika kecil. Kedua, sentiasa mendoakan ibu bapa yang masih hidup supaya Allah memberi rahmat kepada mereka dan mengampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mereka; dan ketiga, memberi nafkah kepada mereka terutamanya ibu bapa yang miskin. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah bersabda: "Kamu dan harta kamu adalah hak bapa kamu, sesungguhnya anak-anak kamu adalah daripada sebaik-baik pekerjaan kamu, maka makanlah daripada hasil kerja anak-anak kamu." Ibn al-Qayyim pernah menyebut dalam bukunya Zaad al-Ma'aad: "Bukanlah daripada kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa jika seseorang itu membiarkan bapa ibunya bersusah payah bekerja sedangkan dia hidup senang-lenang." Lantaran itu, pinta Mushaddad, anak-anak wajib menyayangi ibu bapa kerana fungsi dan pengorbanan yang mereka curahkan tidak terbalas. Pengorbanan mereka membesarkan, mendidik, memberi ilmu, kasih sayang serta mengorbankan segala-galanya adalah untuk melihat anak-anak mereka menjadi anak soleh. Abu al-Laith pernah menyebut bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata kepada Baginda: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku terlalu tua dan tinggal bersamaku. Lalu daku suapkan makan dan minumnya dengan tanganku sendiri serta aku ambilkan wuduk untuknya dan aku dukung dia di atas tengkukku. Adakah aku telah membalas jasanya?" Jawab Rasulullah: "Belum lagi walaupun satu daripada seratus tetapi engkau berbuat baik dan Allah akan membalas kepadamu dengan ganjaran yang besar di atas amalanmu yang sedikit itu." Tahlil arwahPertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa 'alif lam mim' satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi) Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad) Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: "Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya." Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah. Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu. Balasan berbuat baikKEREDAAN kedua-dua ibu bapa amat penting untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Antaranya; 1. Mendapat keredaan Allah. Sabda Rasulullah bermaksud: Reda Allah adalah pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah pada kemurkaan ibu bapa. (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) 2. Jaminan syurga. Diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Baginda meminta izin untuk berjihad pada jalan Allah, lalu Rasulullah bertanyakan lelaki tersebut: Adakah kedua-dua ibu bapa kamu masih hidup? Lelaki itu menjawab: "Ya." Maka Rasulullah bersabda: "Dampingi mereka dan berbuat baiklah kepada mereka berdua, sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kaki mereka." (Riwayat al-Tabrani)  3. Panjang umur dan murah rezeki. Rasulullah bersabda: Sesiapa yang inginkan umur panjang dan murah rezeki maka hendaklah dia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan menghubungkan silaturahim. (Riwayat Ahmad) 4. Jaminan mendapat layanan yang baik daripada anak-anak kelak. Sabda Baginda: Berbuat baiklah kamu kepada kedua-dua ibu bapa kamu nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu. (Riwayat al-Tabrani) wallahu 'alam bisawab
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Tuesday, September 25, 2012

Hati lebih tenang jika berjaya tahan marah, pemaaf

                                        

SESIAPA berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.
Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki supaya berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.
Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan diberi. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan Rasulullah SAW memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya.
Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.
Renungkan dalam hati adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk tindakan wajar dilakukan seterusnya.
Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani.
Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan kebaikan. Bagi yang bersifat pemaaf, padanya tiada dalam hatinya tersimpan perasaan marah.
Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam.
Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya- Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain.
Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan orang alim supaya kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa, orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita.
Sesungguhnya kesalahan dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan kerana sifat Allah Maha Pengampun, tetapi kesalahan sesama manusia susah. Jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini.
                                                         

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Monday, September 24, 2012

Bahaya-Nya Jika Wanita Tidak Tutup Aurat



Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman



Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-


"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"


Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.


" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.


Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"


"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.


"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.


" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.


"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.


" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.


"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"


"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.


"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"


"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.


Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.


BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?


Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.


Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-


"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)


Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.


Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)


Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.


BANTAHAN KAUM WANITA


"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.


"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.


"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.


"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"


"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.


"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.


"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya


"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"


PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :


"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"


Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.


Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?


"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.


Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :


زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..


"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."


Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :


ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء


Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )


ANTARA LAWAK & HUKUM


Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.


Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.


Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-


ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب


Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)


DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER


Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.


"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.


"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.


Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :


"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)


Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.


"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"


Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"


Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?


Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :


"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)


Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.


Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.


Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :


إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار


Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )


Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.


Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW


من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً


Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )


Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.


Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman


www.zaharuddin.net

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Friday, September 14, 2012

FITNAH AKHIR ZAMAN

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W: "Ada dua GOLONGAN DARI AHLI NERAKA yang belum aku lihat saat ini;Satu kaum yang membawa cemeti (cambuk) seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Dan WANITA-WANITA YANG PERPAKAIAN TETAPI TERLANJANG (KETAT,NIPIS & SINGKAT, MENDEDAHKAN RAMBUT, DADA, PUNGGUNG & PUSAT), berlengang-lenggok dan mengoyang-goyangkan kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian."

Wanita di zaman ini ramai yang telah meniggalkan ajaran Islam. Mereka berpakaian tapi bertelanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. dan mereka juga memuja pakaian artis yang terang-terang bercanggah dengan hukum Islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah dan tidak segan malu dan tidak takut lagi kepada dosa dan murka (azab) Allah.

Pemerintah, mufti-mufti, alim-ulamak, ibu-bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharaja lela di dalam kehidupan manusia hari ini akibat daripada kuman-kuman wanita yang mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas akan ditimpa bala oleh Allah! Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita masuk ke dalam lubang kubur!

Manusia di zaman ini tamak haloba dengan nikmat Allah tetapi mereka tidak mahu taat kepada Allah! Manusia di zaman ini mengetahui Allah itu ada tetapi mereka tidak mahu berusaha untuk menuntut mengenal Allah. Mereka menyembah Allah sedangkan mata hati mereka buta terhadap Allah dan tidak pernah berhadap kepada Allah, alangkah murkanya Allah, tidakkah mereka tahu Allah sahaja yang wujud di dalam alam ini?

Manusia di zaman ini ramai tidak bersyukur dengan nikmat Allah, rezeki yang Allah kurnia kepada mereka itu, mereka anggap dari mereka dan cerdik pandai mereka sendiri. barang siapa yang tidak taat kepada Allah dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah dan tidak redha barang yang ditakdirkan oleh Allah, maka carilah tuhan yang lain daripada Allah dan keluarlah dari bumi ALLAH!



TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Wednesday, September 12, 2012

TENTERA KAFIR MENANGIS SUJUD DENGAN KEBESARAN ALLAH



Allahuakhbar..!

Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...

Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....

Jawab pemuda itu : saya ...tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...

Kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

Lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...

lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut TIDAK mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...
 
PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Tuesday, September 11, 2012

Cubaan Orang Yahudi mencuri jasad Rasulullah S.A.W



Peperangan antara orang islam dengan orang kafir kristian dikelanali sebagai perang salib. Ianya berlangsung begitu lama di mana kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat islam telah berjuang habis-habisan menentang pihak musuh. Segala kekuatan dikerahkan kerana itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi di medan perang. Raja-raja dari semua kerajaan islam memberikan sokongan 


padu pada setiap panglima perang yang tampil memimpin pahlawan islam.
Salah seorang yang banyak berjasa dalam perang salib ini adalah SULTAN NURUDDIN ZANGKI (ZENGGI) berbagsa kurdi. Beliau diputerakan dalam tahun 118 masihi dan meninggal dunia pada tuhun 174 masihi. Baginda terkenal dengan sifat warak, taqwa dan adil. Disebabkan keadilan itulah beliau digelar Malikul Adil ( Raja yang adil).

Pada waktu malam, beliau sering bangun malam untuk bersolat tahajjud untuk berdoa agar rakyatnya hidup bahagia. Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera salib agar tidak dapat menjajah Negara islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Salahudddin al Ayyubi, panglima perang salib di pihak tentera islam sehingga Berjaya membebaskan bumi palestin dari cengkaman kaum salib..

Beliau sering tenang dan gembira melaya semua rakyat dan menteri-menterinya. Sekalipun Negara dalam keadaan darurat perang kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah S.A.W dalam keadaan gembira. Menandakan perjuangan jihad kaum muslimin yang dipimpinya berhasil.

Suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasa. Kali ini baginda Nampak risau seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal itu. Namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan itu berpunca daripada mimpinya pada beberapa hari yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpinya itu, beliau memakai baju yang cantik bergemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjukkan dua orang lelaki yang berada di hadapanya dan bersabda:

 kenalilah aku, dan bebaskan aku dari dua orang itu!”

Nuruddin terbangun namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas kelihatan di hadapan seperti bukan mimpi. Wajah kedua lalaki itu kemerah-merahan. Tidak seorang pun diberitahu tentang mimpi itu dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah s.a.w. banginda sendiri pernah bersabda:

siapa melihat aku dalam mimpi, sama ertinya melihat aku waktu bangun kerana syaitan tidak akan datang menyerupai aku

Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang terdahulu berhubungan dengan peperangan. Tetapi mengapa kali ini baginda kelihatan sedih? Dan siapakah lelaki yang ditunjukkan oleh Rasulullah?

Ah… ini tentu ada yang tidak kena pada keperibadian baginda yang mulia atau aka nada sesuatu yang mengancam maruah umat islam

**********************************************************************************

Dalam seminggu lamanya dia memikirkan hal itu dengan hati yang risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi. Peristiwanya seperti mimpi yang dahulu dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi:

 “kenalilah aku, dan bebaskan aku dari dua orang itu” 

beliau terkejutdan terjaga kemudian terus berwuduk untuk solat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam yang sunyi itu.

Disebabkan terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak berapa lama itu, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan yang muram..

“perkara ini benar-benar serius aganya dan tdiak boleh aku simpan seorang sahaja” 



apabila beliau tergerak hati untuk memanggil orang kepercayaannya, beliau teringat sabda nabi, “apabila seseorang bermimpi buruk , janganlah diceritakan kepada sesiapa pun. Insyallah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sejenak, adakah beliau sanggup menyimpan mimpi itu seorang diri. “tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang pula adalah manusia yang paling mulia”
Selepas solat subuh Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaanya, Jamaluddin Al Mushly. Lalaki itu sangat warak, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin untuk menceritakan tentang mimpinya. Raja Nuruddin yang yakin, menterinya itu bersifat Amanah tidak akan membocorkan rahsianya itu…

Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, kedengaran kokokan ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lambat lagi. Namun menteri Jamaluddin sudah berangkat ke istana Negara kerana menjujung titah.

“engkau adalah orang yang paling ku percayai untuk menyimpan rahsia Negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasakan ragu lagi menceritakan mimpi ini kepadamu lagi” 

Jamaluddin mendegar dengan serius dan dia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya, kemudia jamaluddin berkata, “ini memang mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyeruapai Rasulullah.
 betul tu, aku pun berasa demikian. Kata Raja Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Raja Nuruddin bertanya, “jadi, agaknya apakah pendapatmu tentang mimpi ku ini?” Jamaluddin menjawab. “menurut pendapat saya, ada rancangan jahat orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya, dan tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancagan jahat itu.”
Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuan setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin itu. Beliau percaya bahawa pendapat menterinya itu benar. 

Raja Nuruddin berkata:
  pendapatmu betul, sekarang kemana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu?

 Jamaluddin mengajukan Usul: bagaimana kalau tuanku pergi ke madinah terlebih dahulu. Disana tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk daripada Allah disisi kubur hambanya yang dikasihi. Mudah-mudahan di sana tersingkap rahsia mimpi tuanku.”

Semua persediaan dan bekalan segera disiapkan, maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat berpusu-pusu di hadapan istana untuk mengucapkan selamat jalan kepada raja mereka yang dihormati.

 Raja Nuruddin berangkat bersama-sama beberapa orang pegawai tinggi menuju ke Madinah. Di setiap kampung yang dilaluinya, beliau merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai lapisan rakyatnya begitu juga dengan rakyat yang merasa gembira bertemu dengan raja yang berjiwa rakyat dan sentiasa tersenyum kepada semua rakyatnya.

Namun di sebaliknya ada perasaan risau dan ngeri yang sentiasa menghantui beliau.Tidak sesaat pun wajah kedua  lelak idi dalam mimpinya itu hilang ,dari pandangan beliau. 

Beliau juga dapat menggambarkan dengan jelas perawakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajah,mata,susunan gigi,mulut ,janggut bahkan kesemua seluruh  badan kedua mereka.Kalau kedua lelaki itu melintas di hadapan Baginda sudah pasti akan ditangkapnya. Disebabkan Beliau asyik memikirkan tentang kedua.

lelaki tersebut,kadang kadang beliau terpisah dari rombongannya. Namun beliau tidak berputus asa untuk mencari kedua lelaki itu, secara bersendirian. Beliau mengembara diantara bukit-bukit. Para pegawai tidak berani menegur apa-apa, sebaliknya hanya memerhatikan sahaja raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkan beliau apabila beliau terpisah jauh dari rombongan.......

Setelah beberapa hari pejalanan, rombongan itu pun sampai di sempadan, Jamaluddin memberitahu: “tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki kota Rasulullah s.a.w… oleh itu, bersiap sedialah tuanku” Raja Nuruddin berkata:

 “apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” 

Jamaluddin berakta:  “pertama, hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersolat tahiyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah s.a.w sendiri”  Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin.
Setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan raja menuju ke taman raudhah. Di taman yang mulia itulah jenazah Rasulullah s.a.w. bersemadi. Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda  Rasulullah s.a.w. desemadikan adalah amat berlainan sekali. Mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Di kesempatan ini Raja Nuruddin berdoa dengan penuh khusyuk kepada Allah sehingga mengalir air mata, berdoa agar Allah merungkai permasalahan yang dihadapinya…

Wajah Rasulullah semakin jelas di mata Nuruddin seolah-olah Rasulullah menghulurkan tangan untuk bersalaman. Beliau terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi 

“kenalilah aku, dan bebaskan aku dari kedua lelaki ini”

Setelah berdoa dengan penuh khusyuk, baginda seolah-olah dapat menyingkat tafsir mimpinya. Allah telah memberikan petunjuk kepadanya. Beliau segera memanggil gabenor madinah dan berkata:
“beta mahu kamu kumpulkan semua penduduk madinah, beta ingin bersalaman dengan mereka”

********************************************************************************

Gabenor madinah itu berkata: “baik tuanku, segala titah tuanku akan patik laksanakan”. Gabenor madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk madinah dan penduduk yang berhampiran kota madinah. Setelah berita itu disampaikan, maka orang ramai bersama seisi keluarga pergi ke dewan orang ramai dengan persasaan gembira. Tidak seorang pun yang tertinggal. 

Mereka yang tau dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai itu. Setelah raja Nuruddin sampai di dewan orang ramai, maka beliau pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata raja Nuruddin mencari-cari wajah yang pernah muncul dalam mimpinya yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya:

Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini.

Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.”

 Berkata Raja Nuruddin: 

“Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?” 

Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.” Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.

Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari - cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. 

Berkata Raja, Nuruddin: 

“Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.”

Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah - wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”

Raja Nuruddin berkata: 

“Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” 

Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa - fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”

NURUDDIN AKHIRNYA BERTEMU DENGAN SUSPEK
                                      Didalam Masjid Inilah Terdapat Makam Rasulullah s.a.w.

Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti - henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: 

Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” 

Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang - terang. 

Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul - betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya.

 Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.

Segi rambut pula ikkut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. 

Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya?

Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. 

Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. 

Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.

Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak - banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah S.W.T. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin:

 “Ya, sudah.” 

Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku? Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin:

 “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”

Setelah Jamaluddin mendengar kata - kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.

Berkata Raja Nuruddin:

 “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura - pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: 
Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”



Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang - orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi:

“Apakah yang harus kita lakukan?”

Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.

Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal - awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja.

 Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab - kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah - olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”

RANCANGAN YAHUDI TERBONGKAR

Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.

Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata:

 “Eh, ada papan.”

 Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan -lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.”

Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai orang alim yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.

Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah S.A.W. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua - dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.

Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah S.W.T kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. 

Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.


TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI