Rakan yang setia

Palestine

Saturday, September 10, 2011

Sekadar Teguran

Salam A'laik. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Hanya sekadar renungan....

Berita GEMBIRA buat muslimat yg TAK SUKA BERTUDUNG..
Bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun utk bertudung... Tapi Islam mewajibkan kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT...
Tak kesahlah nak pakai LANGSIR, KAIN BATIK, SELIMUT, CADAR, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipun.. Islam itu mudah, janganlah kita menyukarkannya..hehe

jadi??? tutuplah aurat... =)

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

4 comments:

  1. hri nie eyda kna tegur ngan fmly bf eyda c0z tk tt0p aurat . .
    depa trme eyda seadanye klu eyda nie jd0h ank mereka tpi eyda kna jga aurat eyda . .
    dn cbb eyda dh jnji ngan dri eyda n bf eyda eyda nk tt0p aurat . .
    eyda pkai td0ng tpi still lengan pndek lah pe lah . . s0 m0ralnye tutup lah aurat2 kte sebelum 0rg len yg tlg tutup kan (hrp mengerti mksud ku), sekian ! ;)
    peace n0 war ;P

    ReplyDelete
  2. sperti y kita sdia mklom..aurat adlah tntutn agama dan wjib bg seorang muslim untk mnutup aurat sma ad lelaki dan wanita..btul langkah fmly bf awk krn stlah akad slasai d jlan kn maka tngungan dosa awk tlah beralih daripada ayah eyda kpda suami eyda...ap y sy mhu tgur ialah jika bertdung tp memkai bju lngan pendek..still jgak tdak mnutup aurt krana aurat bg wanita ialah slruh angota bdan kcuali muka dan tpak tngan..ingat syaitan pernah berptus asa perkara y besar ttpi ia licik dlm perkara kecil..slah satu perkra kecil skrang ialah dlm mnutup aurat..ad org cakap "alah aku xpkai tdung pom ak tatp solat" cuba anda fkir adakah solat kita d terima jika kita msih mlakukn perkara mnkar???perbzaan org kafir dgn Islam ialah mentup aurat..fkir2kn lah dan slamat beramal...:)

    ReplyDelete
  3. oke, bagus kan kalo de teguran cam nie. tapi, pompuan fikir ke tak. xpe, yang penting usaha awak kan. yang x layan 2, tanggung la sendiri.

    ReplyDelete
  4. manusia di berikan akal untuk berfikir ke jalan Allah ttpi manusia jga d cptkan bersama nafsu y selalu mngajak manusia ke jalan kemunkaran...Rasululllah sngat mnitik eratkn aurt wanita krn bkn smua org bleh mnutpnya dgn smpurna...cntohnya: memakai tdung ttp msih mndedahkn d bhgian dada..memkai tdung tp msih mmkai bju dan pkaian y ktat..memkai tdung tp mmkai bju lngan pendek...adkah itu d katakn mntup aurat dgn smpurna???fkir2 kn la dgn akal y d kerniakn oleh Allah Maha Agung...

    ReplyDelete