Rakan yang setia

Palestine

Sunday, April 17, 2011

Kata Hati

Sering kali aku keliru dengan apa yang telah terjadi tetapi langsung tidak ambil berat semua itu, bagi aku biar la aku pendamkan semua itu daripada semua orang. Sering kali aku tersalah percaturan dalam menilai percaturan dalam perbahasan yang menyebabkan aku sering ketinggalan. Aku terlalu mengikut jejak langkah orang lain yang merugikan diriku sendiri.

Seorang yang sangat aku hormat sanggup megeluarkan kata-kata yang amat menyakitkan hati ini, caranya itu telah membuatkan aku tidak mahu lagi menghubungginya. Aku tidak faham kenapa ianya terjadi. Sejak akhir-akhir ini semua ingin salahkan aku dalam semua perkara, aku sendiri tidak faham kenapa semua buat aku macam ini.

Aku kehilangan seorang lagi insan yang aku sayang, dalam satu masa aku terpaksa menanggung segala macam dugaan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku saat itu, tiada perkataan yang mampuku ucap lagi, tiada arah tuju untuk aku jejaki lagi, kini aku ditinggalkan keseorangan.
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Saturday, April 16, 2011

pertandingan memancing

Tanggal 15 april 2011 jam3 petang kampungku dan kampung sebelah telah mengadakan pertandingan memancing ikan darat tapi aku tidak menyertainya. Tapi paa petang itu aku terasa bosan teramat sangat dan aku pergi la tengok-tengok keadaan sana, mana la tahu ada benda yang menarik.


Aku sampai sahaja pertandingan baru sahaja bermula tapi apa yang kelakarnya peserta telah lama melemparkan umpan ke dalam parit tapi penganjur belum lagi melepaskan ikan keli lagi. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka semua apabila melihat peserta nampak penganjur hendak melepaskan ikan tersebut.

Dalam kemeriahan ertandingan itu tiba-tiba aku melihat la gelagat beberapa anak dara yang hadir, semua pakai tudung tapi ada yang nampak rambut dan ada yang pakai baju lengan pendek. Aku hanya tersenyum melihatnya kerana aku tidak berani nak tegur sebab ramai orang dan ibu dan ayahnya ada di sana. Lepas tu aku lihat pula gelagat peserta lelaki yang mahu usha-usha gadis-gadis sunti yang ada, aku juga tersenyum  melihat gelagat tersebut.


Baru sahaja ikan di lepaskan ada la seorang hamba Allah mendapat ikan keli tersebut,agak bersar jugak la ikan tu, timbang ada la dalam 700gram, tidak lama kemudian semakin ramai yang dapat menaikkan ikan keli tapi ada juga yang berjaya menaikkan ikan haruan yang telah lama menetap di situ. sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 4, aku pun beransur pulang ke rumah.

beginilah suasana kampung jika ada pihak yang memulakan sesuatu perkara yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita tidak kira di mana kita tinggal, dan aku berharap semua ini dapat di kekalkan pada masa akan datang, insya-Allah....

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Thursday, April 7, 2011

Kenangan bersama

Teringat pula aku kepada rakan-rakan lame aku semasa zaman persekolahan dahulu facebook la tempat untuk aku menghubungi mereka kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran. Biarlah aku melepaskan kerinduan ini dengan abdikan gambar-gambar aku bersama-sama sahabat di sini..insya-Allah..aku just letak pic yang lelaki saje la k..hehe

ini lah gambar rakan-rakan kelas aku semasa tingkatan empat dan lima iaitu kelas sains pertanian....miss u all..
belakang dari kiri: mira,pah,syimah.izati,fazila,mai,abiey,tuan,fadzla,syuhada.
tengah dari kiri: waheeda,sidah,ateh,zul,ali,zikri,zafizah,munifah,lily.
depan dari kiri: hasnan,azman,azizan,cikgu,akram,haridhi,fattah.

bersama Cikgu Akima iaitu cikgu praktikal kimai kelas kami..

ini lah ahli silat untuk persembahan sukma di Terengganu pada 2008...

ni sahabat aku yang paling kelakar dan yang paling bijak biologi dan kimia dan yang palin benci subjet add math dan math...hehe


salah seorang sahabat aku yang berjaya melanjutkan pelajaran di IMT...

sahabat yang paling rapat dengan aku..jika ada masalah dengan makwe nya akula tempat dia mengadu..hehe


ni la ketua kelas aku semasa tingkatan 4 dan 5...kaki gaduh..haha...

ni la pelajar yang muka komersil cakap Cikgu Saripah Norizam


ni dua orang sahabat aku yang pakar bahasa inggeris...

ni kawan aku yang rapat..setiap malam minggu aku akan mengajaknya keluar g mydin mall....

ni sorang lagi sahabat aku yang biasa aku panggil ustaz..kalu bab2 bace doa aku serahkan kat ye..haha

sekian sahaja yang aku mampu untuk rakan-rakan aku semasa zaman persekolahan di SMK Bukit Besar. Selamat terhibur dengan apa yang telah aku coretkan di sini..hehe...

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Wednesday, April 6, 2011

perjalanan hidupku

Dahulu semasa zaman sekolah rendah aku sering kali bergaduh sesama rakan kononnya mahu tunjuk siapa yang hebat la, tp selepas aku memasuki alam sekolah menengah semua itu sudah berubah..aku mula mendekati buku dengan kata lain aku menjadi salah seorang pelajar yang di senangi oleh cikgu la.

Semasa tingkatan 1 aku sering kali di soal oleh cikgu bagi menguji tahap kefahaman aku, keputusan akhir tahun boleh la, dapat la jugak top10. Masuk tingkatan 2 aku mula berjinak-jinak dengan pelajar yang lebih pandai daripada aku untuk menuntut ilmu, perubahan demi perubahan yang aku lakukan untuk masa depanku sendiri..masuk sahaja aku tingkatan 3 terus kawan-kawanku melantik aku sebagai ketua kelas, semasa tingkatan tiga aku sering di rujuk oleh rakan-rakan tentang pelajaran terutama sabjet matematik yang paling aku minati sejak sekolah rendah lagi..semasa tingkatan 3 aku telah berazam untuk menjadi insan yang berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara..aku berlajar bersungguh-sungguh..keputasan pmr pun keluar dan aku layak untuk masuk ke kelas sain pertanian yang di tawarkan di sekolahku.

Semasa tingkatan 4 aku sering kali di ejek oleh rakan sekelas kerana semasa tingkatan 3 aku hanya belajar di antara kelas terbawah jugak la..tetapi aku tidak putus asa sehingga peperiksaan pertangahan tahun aku sekali lagi berjaya mendapat keputusan yang baik..aku berjaya mendapat nombor 9 keseluruhan daripada 26 pelajar..aku berjaya membuktikan bahawa aku juga mampu untuk berjaya seperti orang lain...semasa tingkatan 4 la aku banyak menyertai pelbagai aktiviti kokurikulom sekolah seperti kawad kaki, silat, olahraga.. dan semasa tingkatan 4 juga ak di lantik sebagai pengawas perpustakaan dan naib pengerusi kelab sains sekolah.

Naik tingkatan 5 aku berazam untuk mendapat keputsan yang cemerlang dalam spm yang akan datang. Semasa tingkatan 5 aku telah banyak berubah dan menjadi seorang yang berguna, aku juga telah di lantik sebagai pengerusi kelab sains dan dengan tanggungjawab yang di beri aku dapat pikul dengan penuh amanah dan dedikasi tetapi manusia ni bersikap dengki dan akulah yang menjadi mangsanya tetapi aku laluinya dengan penuh kesabaran.

Peperiksaan SPM sudah hampir tiba, aku bersama rakan-rakan semakin rancak menyiapkan diri di medan perang dengan SPM yang menetukan masa depan aku sendiri. Pada saat itu jugalah aku telah berpisah dengan kekasih aku yang aku sayangi, hati mula berubah, aku mula malas untuk membaca pada awlnya tetapi sahabat aku yang paling rapat yang menasihati aku untuk melupakan semua itu dan tumpukan perhatian kepada pelajaran kerana SPM hanya tingga seminggu sahaja lagi, dengan semangat yang jitu aku kembali bangkit untuk menuju kejayaan.

Tiba saat keputusan SPM di umumkan, hatiku semakin gemuruh keran bimbang keputusan tidak berpihak kepadaku. Tiba hari keptusan di umum kan aku datang lebih awal bersama rakanku untuk mendapatkan keputusan tetapi aku tidak boleh ambil terus keputasanku kerana aku perlu membayar denda kerana lewat hantar buku perpustakaan sedangkan aku lengsung tidak pinjam buku yang telah di maksudkan dan aku telah syak ada orang telah mengunakan nama dan fail aku untuk meminjamkan buku tersebut. Aku akur dengan semua itu dan selepas aku aku membayarnya aku terus mengabil keputusan SPM, alangkah terkejutnya aku kerana keputsan amat memberasangkan hati aku walaupun tidak cemerlang seperti orang lain tetapi aku tetap bersyukur.

Dengan keputusan itu aku menyambung pelajaran aku di kolej swasta di peringkat diploma walaupun aku mendapat tawaran di itpa tetapi aku menolaknya kerana aku sudah separuh jalan di kolej swasta itu. Aku melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan dengan impian aku mahu cemerlang dengan diploma yang aku pilih ini. Sekaran tahun 2011 aku telah memasuki semester 2 dengan keputsan semester 1 aku yang boleh di bangakan tetapi aku tidak mudah mengalah dengan semua itu dan aku terus berusaha untuk mendapat pointer yang cemerlang pada semester 2 nanti.

Lupe aku nak cakap aku telah belajar di sebuah kolej Islam di Pahang yang memang dikatakan glamor jugaklah kerana ramai pelajar daripada sabah yang datang ke sini.



tunggukan sambungannya nanti.......

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI

Monday, March 7, 2011

KEINDAHAN FELDA

Hendak di mulakn cerita aku pun tak tahu nak mula kut mae..hehe...
kebetulan pada petang jumaat kelas b.ingeris di batalkan dan kau ambil kesempatan untuk pergi lebih awal ke rumah kawan aku di Felda Jengka 8..aku pergi dengan menaiki kereta sahabat aku dan teman wanitanya juga turut sekali..perjalan mengambil mase 2jam untuk sampai..sebaik sampai je aku di sambut dengan baik oleh kakak dan abang kawanku ini..mula2 aku malu la jugak kan.mklum la ak xpernah tidur di rumah orang..hehe..baru je duduk aku da kene sound.ni gara2 kawanku la yang kene kan ak...sedap mulut je cakap aku nie jenis pemalu..senyap2 da le..hihihi.tu memang realiti diriku..haha..kebetulan pula anak saudara kwan ku ini ada kat rumah..perempuan pula..hampeh..snyap aku dudk dalam rumah tu..aku just cakap dengan kwan ku ni n dengan akak ndan abangnye...pada petang tu ak lupe pukul berapa aku bersama kawan ku ini pergi la jalan2 pusing Felda Jengka 8 nie dengan menaiki moto kapcai..memang kelakar kalu tengok..haha..ingat nak juga usha2 awek sane tapi tu la.xde yang nak kat aku..hihihi...suasana di Felda cukup memberi ketenangan kepada aku sehingga aku lupa akan masalah aku (kadang2 ingat jugak..hehe..)Insya-Allah nanti aku pergi lagi ke sane untuk menikmati keindahan alam kat sane..hehehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH SINI..SEMOGA ANDA DAPAT MANFAAT DI SINI